Tuesday, April 6, 2010

Definisi Mukjizat

Secara ringkas saya ingin menegaskan bahawa mukjizat itu bermaksud:

"yang melemahkan"

mukjizat Rasulullah S.A.W mampu melemahkan pemikiran manusia tentang perkara ghaib...

berapa ramai manusia yang memeluk islam dek kerana terpesona dengan mukjizat nabi dan rasul..

Dan Al-Quran adalah mukjizat yang paling AGUNG

Sunday, March 14, 2010

Gaya Rasulullah Menjadi Mukjizat

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

- Aku melihat cahaya dari lidahnya..

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona..

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.Warna
lehernya putih seperti perak sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak
melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

- Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Sunday, February 21, 2010

Mukjizat Besi...

Ingatlah saudaraku tidak ada sedikit pun kelemahan di dalam ISLAM…

Dalam surah al-Hadid Allah berfirman:
وانزلنا الحديد.............الى اخر اية

Maknanya: “dan kami turunkan besi”

Benarnya firman Allah yang menyebabkan ada manusia bijak pandai memeluk islam…

Setelah dibuat kajian dengan penuh teliti seorang saintis barat mengesahkan bahawa hakikat kewujudan besi bukan berasal daripada bumi…Beliau menegaskan untuk menghasilkan besi memerlukan suhu yang teramat panas…Sudah tentu besi berasal daripada planet yang terlalu hampir matahari..

Rupa-rupanya Allah telah lama menyebut di dalam surah al-hadid bahawa “kami turunkan besi”. Ayat ini membuktikan kita bahawa besi bukan berasal daripada bumi kerana kalimah turun bermakna ianya turun daripada tempat lain…kalaulah besi berasal daripada bumi sudah tentu Allah akan sebut “kami keluarkan besi”

Betapa hebat dan agungnya ayat Allah seandainya kita kaji betul-betul…

Tuesday, February 16, 2010

Coming soon

Akan datang nanti saya akan ceritakan sedikit mukjizat al-quran berkenaan dengan besi dalam surah al-Hadid....

Wednesday, February 10, 2010

Ilmuan Amerika memeluk Islam

Ketika lafaz Allah terdengar, getaran di atas suara berubah menjadi gelombang elektrik optik yang dapat ditangkap oleh monitor. Mukjizat ini membuat seorang ilmuwan terkenal Amerika memilih masuk Islam.

Dilaporkan bahawa sebuah team ilmuwan dari Amerika menemukan bahawa sebahagian dari tumbuh-tumbuhan khatulistiwa mengeluarkan frekuensi di atas suara. Dan itu hanya dapat ditangkap oleh perangkat canggih.

Para ilmuwan ini selama tiga tahun melakukan penelitian dan melihat fenomena seperti ini membuat mereka sangat hairan. Mereka menemui bahawa getaran di atas suara ini dapat diubah menjadi gelombang elektrik optik dan lebih dari seratus kali persekon berulang-ulang.

Team ini kemudian membuktikan penemuan mereka di hadapan sebuah team peneliti Inggris. Kebetulan dalam team itu ada seorang yang beragama Islam. Ia keturunan India.

Setelah melakukan ujian selama lima hari, ilmuwan Inggris juga menjadi kagum dengan apa yang mereka lihat. Namun, ilmuwan muslim ini mengatakan bahawa hal ini sudah diyakini oleh kaum muslimin sejak 1400 tahun yang lalu. Mereka yang mendengar ucapan itu memintanya untuk lebih jauh menjelaskan masalah yang disebutnya. Ia kemudian membaca ayat yang berbunyi:

“Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji- Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun” (Isra’: 44).

Prof. William Brown, pimpinan team peneliti itu akhirnya mengajak ilmuwan Islam itu untuk berbicara lebih banyak tentang Islam. Setelah dijelaskan tentang Islam dan diberi hadiah sebuah Al-Quran yang dilengkapi dengan tafsirnya dalam bahasa Inggris, ia kemudian mengucapkan syahadat.

Sunday, February 7, 2010

Mukjizat Angka Di dalam Al-Quran

Mahir Abdullah: Terima kasih .. terima kasih kepada saudara. Baiklah Tuan, kita kembali kepada soalan saudara Imad Al-Farj, iaitu selepas dia menyebut mengenai doktor yang masuk Islam, dia juga telah bertanya mengenai kitab yang berangka/bertulis. Saya rasa awak tidak akan bercanggah dengannya pada bahagian pertama pembukaan tersebut. Saya pula .. nama doktor tersebut, saya tidak bersetuju dengannya, saya rasa ianya adalah Maurice Bucaille.

Abdul Majid Az-Zindani: Ia sememangnya begitu Maurice Bucaille, Ya ..

Mahir Abdullah: Kembali mengenai kitab yang berangka/bertulis ..

Abdul Majid Az-Zindani: Kitab yang berangka/bertulis, mungkin saudara ini menunjukkan kepada apa yang telah dikenali di zaman kita sekarang, suatu perkara yang baru yang telah di beritakan oleh cerdik pandai Islam, sebahagian daripada cerdik pandai Islam telah berkata: “Ada satu mukjizat yang terbaru di dalam Al-Quran yang ianya bukan Mukjizat Saintifik. Mukjizat Saintifik ini tuan punya kurun kedua puluh, tetapi tuan punya kurun kedua puluh satu ialah komputer, dan apakah dia komputer? Ianya adalah angka-angka dan apakah yang dimaksudkan dengan angka-angka ini? Mereka pun memberitakan mengenai sejenis mukjizat baru yang lain iaitu mukjizat berbentuk angka, yang dinamakan Ii’jaz ul-Adadi/Mukjizat Angka. Dan di sana sebenarnya terdapat banyak rujukan mengenai Ii’jaz ul-Adadi/Mukjizat Angka dengan makna-makna yang halus, dan saya menjangkakan di masa akan datang akan ada Ii’jaz ul-Adadi. Saya akan sebutkan satu contoh yang padanya ada Mukjizat Saintifik dan Mukjizat Angka di dalam satu ayat, adapun di dalam Ii’jaz ul-Ilmi yang terdahulu, saya telah membaca

firman Allah Jalla wa Ala:
{وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ}
{ dan Kami turunkan besi -yang ada- padanya kekerasan yang kuat dan manfaat-manfaat untuk manusia }[1]

Dan saya telah berkata bahawa Allah telah memberitahu kita berkenaan dengan perihal besi yang turun dari langit, akan tetapi kita mengeluarkan besi itu dari dalam bumi, maka yang sepatutnya dikatakan di dalam Quran Kami jadikan besi bukan {Kami turunkan besi}. Dan saya telah dapati sebahagian ahli tafsir -mudah-mudahan Allah meredhai mereka dan semoga Allah membalas mereka dengan kebaikan- berkata: “Kami turunkan bermakna Kami jadikan”, dan orang-orang lain dari kalangan ahli tafsir menjawab terhadap mereka, [dengan] berkata: “Tidak, jika Allah mahu mengatakan Kami jadikan, nescaya Dia akan berfirman Kami jadikan akan tetapi Dia telah berfirman Kami turunkan”. Dan apabila saya bertemu dengan Profesor Armstrong dari Amerika, yang mana beliau ialah merupakan salah seorang daripada empat [profesor] di Pusat Kajian Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan saya tanya beliau mengenai soalan ini, saya katakan kepada beliau: “Tolong beritahu saya bagaimana besi telah dijadikan di Bumi?” Beliau berkata: “Mustahil besi telah dijadikan di Bumi, besi pasti telah dijadikan di langit kemudian turun ke Bumi”. “Kenapa?” Beliau berkata: “Kerana pembentukan satu zarah besi mengikut apa yang telah kami kira, kami dapati ia memerlukan kepada satu tenaga yang serupa dengan tenaga empat kali ganda tenaga sistem solar kita, oleh itu besi ialah unsur mendatang dari Alam Semesta.

Ahli-ahli sains .. para pengkaji di dalam Ii’jaz ul-Adadi sekarang telah mengatakan: “Kami ada mukjizat mengenai besi, akan tetapi dari segi angka, lalu mereka berkata: “Besi mempunyai satu berat zarah di samping itu ia mempunyai lima berat zarah [yang lain], berat zarah yang pertengahan ialah 57, berat zarah 57, sila buka mashaf .. apabila awak buka mana-mana mashaf sekarang, awak akan dapati surah Al-Hadid nombornya di dalam mashaf ialah 57. Jadi mereka kata berat atom adalah 57 dan nombor surah Al-Hadid ialah 57”. Kemudian mereka berkata: “nombor atom .. ialah bilangan atom sesuatu [unsur] .. untuk besi ialah 26. Ayat surah Al-Hadid yakni ayat besi di dalam surah Al-Hadid nombornya ialah 26 -jika kita mengira بسملة basmalah[2] sebagai satu ayat-”. Oleh itu mereka kata: “Apakah ini satu kebetulan, bahawa nombor surah tersebut ialah berat zarah besi dan nombor ayat ialah nombor atom?! Ini bukan kebetulan”. Mereka mendatangkan banyak contoh-contoh seperti ini ..

Mahir Abdullah: [memotong percakapan]: Yakni hanya [sebagai] penjelasan untuk para penonton, perbezaan di antara “nombor atom” dan “bilangan zarah” atau “berat zarah”.

Abdul Majid Az-Zindani: Bilangan atom .. yang dimaksudkan berat atom, sememangnya di hujung mata jarum ada dua puluh juta atom, jadi mereka menimbangkannya dengan unit-unit [pengiraan] yang bersesuaian dengan ini dan mereka menamakannya dengan “berat zarah”, tetapi berat ini ialah gabungan jisim-jisim kecil, gabungan juzuk-juzuk yang membentuk zarah/ atom tersebut.

Mahir Abdullah: Neutron-neutron ditambah Proton-proton.

Abdul Majid Az-Zindani: Neutron, elektron dan proton, akan tetapi bilangannya .. bilangannya adalah sesuatu yang lain dari berat, bilangan elektron campur proton campur neutron akan membentuk satu [nombor]. Elektron dan Proton jumlah ini adalah sesuatu yang lain daripada berat. Jadi mereka kata: “Adakah ini satu kebetulan? Ia bukan satu kebetulan, akan tetapi ini membawa kepada satu perkara lain. Jika Ii’jaz ul-Ilmi/Mukjizat Saintifik membuktikan bahawa ayat Al-Quran yang berbentuk saintifik turun dengan “ilmu Allah”, maka sesungguhnya Ii’jaz ul-Adadi/Mukjizat Angka membuktikan bahawa susunan Al-Quran yang bersangkutan dengan surah-surah dan ayat-ayat telah turun dengan ilmu Allah”.

Mahir Abdullah: Awak dengan ini telah pun menjawab soalan saudari Samirah Abdul Nur yang telah menjemput awak untuk berziarah ke Algeria.

Abdul Majid As-Zindani: Terima kasih.

Mahir Abdullah: Baiklah, kita tangguhkan dahulu soalan tadi kerana bersama saya sekarang saudara Khalid Solah dari Emiriah Arab Bersatu, saudara Khalid maaf kerana terlewat.

Khalid Solah: Assalamualaikum wa rahmatullah.

Mahir Abdullah: Waalaikumussalam.

Abdul Majid Az-Zindani: Waalaikumussalam.

Khalid Solah: Pertamanya, semoga Allah memberkati Syeikh kita, memanjangkan umur beliau, semoga Allah memperbanyakkan orang-orang seperti beliau, dan semoga Allah memberkati untuk kita pada umur beliau, adapun soalan saya yang utama ialah: Apakah perakuan Al-Quran mengenai pengklonan? Inilah dia waktu yang ... yang timbulnya fenomena ini di dunia pada waktu sekarang, apakah perakuan Al-Quran di dalam masalah ini?, terima kasih.

Mahir Abdullah: Terima kasih saudara Khalid. Bersama saya juga saudara Khalifah An-Nuaimi dari Qatar, saudara Khalifah silakan.

Khalifah An-Nuaimi: Assalamualaikum.

Abdul Majid Az-Zindani: Waalaikumussalam.

Khalifah An-Nuaimi: Syeikh Zindani -semoga Allah memanjangkan umur Tuan-, berkenaan dengan ini, saya ada persoalan iaitu yang telah saya dengar dari sebahagian ulama .. tidak berapa lama dahulu, iaitu kita mestilah tidak meyakinkan Barat atau orang-orang kafir dengan teori Al-Quran .. dengan teori Sains untuk membuktikan kebenaran agama ini. Yang demikian adalah kerana mungkin pada masa akan datang, dibuktikan bahawa teori ini salah dan mungkin ia akan dijawab pada masa akan datang sesungguhnya agama kamu salah. Oleh itu tidak wajib untuk kita menyandarkan semua urusan-urusan kita untuk membuktikan Agama dengan teori-teori Saintifik, itulah soalan saya yang pertama.

Soalan kedua: iaitu berkaitan dengan bahagian ayat yang di dalam surah Al-Furqan (Dialah yang mencipta dan mencampurkan dua laut, yang ini tawar segar dan yang -satu- ini masin pahit dan di antara keduanya برزخًا sempadan dan batasan yang menghalang)[3]

Mahir Abdullah: برزخٌ [sempadan][4]

Abdul Majid Az-Zindani: {dan Dia jadikan di antara keduanya sempadan}

Khalifah An-Naiemi: {dan Dia jadikan di antara keduanya sempadan dan batasan yang menghalang}[5], yang difahami ialah air laut yang masin tidak bercampur dengan air sungai .. air yang tawar, akan tetapi air yang tawar tersebut apabila ia turun ke laut, di situ akan berlaku percampuran, terima kasih, wassalamualaikum.

Abdul Majid Az-Zindani: Terima kasih.


________________________________________
[1] Surah Al-Hadid 57: 25
[2] Ringkasan bagi perkataan “بسم الله الرحمن الرحيم”.
[3] penyoal tertinggal perkataan جعل yang bermaksud “Dia jadikan” pada ayat tersebut.
[4] Di dalam Bahasa Arab, “objek yang kena perbuatan” mestilah berbaris atas … pengacara cuba membetulkan baris perkataan penonton yang bertanya kerana penonton tersebut telah tertinggal perkataan ‘Dia jadikan’; maka baris perkataan tersebut tidak boleh lagi berbaris atas, kerana kata kerja tiada di situ lagi.
[5] Surah Al-Furqan 25: 53

Tuesday, January 26, 2010

Solat dan Sains Tak Dapat Dipisahkan

LOGIKNYA SOLAT DARI SUDUT PANDANGAN SAINS

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.

Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.

Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan dan tazkirah kita bersama...